Sunday, June 1, 2014

Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga Seksyen 11 Shah Alam

MINIT PERJUMPAAN DENGAN PENDUDUK



Tarikh :         2 Mei 2014
Masa  :         9.15 malam
Tempat:        Madrasah Hidayah, Seksyen 11, Shah Alam

Kehadiran:

Seperti dilampirkan. (rujuk Lampiran Senarai Kehadiran)

1.               Ucapan Pengerusi Majlis

Pengerusi majlis, En Shaharonnizam Bin Hashim, memerangkap Timbalan Pengerusi Pergerakan Peronda Seksyen 11, Shah Alam (PEPS11) mengucap selawat dan salam serta berterima kasih kepada semua jemaah Seksyen 11 yang hadir.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai polis dari Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam yang diketuai oleh Sub Inspektor Mohd Aris Zainool.

Pengerusi majlis turut mengucapkan selamat datang ke Seksyen 11, Shah Alam kepada En. Mohd Zamri Bin Nusi, Pegawai Perpaduan Zon Shah Alam, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Pengerusi menjelaskan diantara aktiviti masyarakat Seksyen 11 Shah Alam dalam membantu pihak keselamatan khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM)  serta menjalin silaturahim diantara semua penduduk ialah mengadakan rondaan sukarela. Aktiviti kemasyarakatan ini telah diadakan secara tidak formal sejak 1980an dan disertai oleh ramai penduduk awal Seksyen 11, Shah Alam.

Pengerusi memaklumkan dahulunya kegiatan rondaan ini diberi nama Kelab Ronda Malam (KRM) dan kemudiannya bertukar menjadi PEPS11. Pihak kariah Seksyen 11 Shah Alam telah mengadakan mesyuarat penubuhan PEPS11 pada 16 April 2014 yang telah turut disertai oleh wakil PDRM dari Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, dan mempunyai Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 8 orang jawatankuasa.

Jawatankuasa PEPS11 telah mengambil inisiatif untuk membentuk Kawasan Rukun Tetangga (RT) Seksyen 11, Shah Alam dan mengadakan Skim Rondaan Skim Sukarela (SRS).

2.               Ucapan Pemimpin Masyarakat

2.1           Encik Zaini Ithnin Hj. A.Rajak, Pengerusi PEPS11

Pengerusi PEPS11 mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd Zamri Nusi, Pegawai Perpaduan Zon Shah Alam yang telah sudi hadir untuk memberi taklimat berkaitan penubuhan RT di Seksyen 11.

Beliau memaklumkan bahawa setelah kawasan RT Seksyen 11 diwartakan kelak, berbagai aktiviti melalui program SRS, Jiran Wanita, Jiran Muda, Kelab Rukun Negara, Tabika dan lain-lain lagi. JPNIN memperuntukan RM6,000 setahun kepada setiap RT bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti RT. Malah JPNIN juga memberi bantuan kewangan untuk berbagai aktiviti kemasyarakatan seperti acara sukan, program masakan dan sebagainya.

Pengerusi PEPS11 menjelaskan bahawa SRS akan mendapat bantuan dari JPNIN seperti geran aktiviti. vest, rotan, lampu suluh, walkie talkie, buku laporan dan lain-lain termasuk latihan. Semua anggota SRS akan diberi kad, perlindungan insuran berkelompoh dan mendapat cuti kerja keesokannya bila bertugas.

Pengerusi PEPS11 memaklumkan bahawa oleh kerana semasa mesyuarat penubuhan PEPS11 pada 16 April 2014 mempunyai bilangan kehadiran yang tidak cukup dan bilangan ahli jawatankuasa yang kurang dari keperluan Akta 751 Akta Rukun Tetangga 2012, maka jawatankuasa PEPS11 adalah terbubar, dan satu jawatankuasa penaja penubuhan RT Seksyen 11 Shah Alam akan dibuat pada malam tersebut.



2.2           Dato’ Mohd Zaini Bin Osman, Pengerusi Madrasah Hidayah
 
Pengerusi Madrasah Hidayah mengucapkan terima kasih kepada kariah Seksyen 11, pegawai PDRM dari Balai Polis Seksyen 9 dan En. Mohd Zamri Nusi dari JPNIN yang sudi hadir ke majlis taklimat penubuhan RT.

Dato’ Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota KRM/PEPS11 yang telah mengambil inisiatif meronda secara sukarela, terutama pada malam hujung minggu dan mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk tujuan tersebut.

Beliau berharap apabila RT Seksyen 11 dan SRS Seksyen 11 tertubuh dengan rasminya nanti, keselamatan anggota peronda akan lebih terjamin. Serta lebih banyak program dan hasil kemasyarakatan dapat diraih, terutamanya yang melibatkan golongan muda, masyarakat minoriti lain dan berbagai aktiviti berbentuk kejiranan boleh dilaksanakan.


3.               Penerangan dan persempadanan kawasan rukun tetangga oleh En. Mohd Zamri Bin Nusi, Pegawai Perpaduan Zon Shah Alam

3.1           Penerangan mengenai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Rukun Tetangga

3.2           Fungsi dan tanggungjawab Rukun Tetangga termasuk Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Warga Emas, Tunas Jiran, Tabika, Kelab Rukun Negara dan Skim Rondaan Sukarela

3.3           Cadangan persempadanan Kawasan Rukun Tetangga Seksyen 11, Shah Alam.


4.               Perlantikan ahli jawatankuasa penaja

Dato’ Mohd Zaini Osman, Pengerusi Madrasah Hidayah telah mempengerusikan sesi pemilihan jawatankuasa penaja penubuhan Rukun Tetangga Seksyen 11. Kariah Seksyen 11 telah melantik anggota jawatankuasa penaja seperti berikut:

4.1           Pengerusi                         : En. Zaini Ithnin Bin Hj. A.Rajak
4.2           Timbalan Pengerusi          : En. Shaharonnizam Bin Hashim
4.3           Setiausaha                       : En. Mohd Shukri Bin Shohimi
4.4           Penolong Setiausaha        : En. Shuhaidi Fitri Bin Jusop
4.5           Bendahari                        : En. Amizul Niza Bin Mohd Idris
4.6           Ahli Jawatankuasa           : 1.     En. Othaman Bin Mohamed
                                               2.      Hj. Miswan Bin Jamil
                                               3.      Hj. Mohammed Dawam Bin Daldiri
                                               4.      En. Era Erwan Bin Mad Arifin
                                               5.      En. Ramli Bin Jamain
                                               6.      En. Salleh Bin Ismail
                                               7.      Hj. Arifin Bin Basar
                                               8.      En. Azhar Bin Ahmad
                                               9.      En. Hafizil Adzril Bin Zulkefli
                                               10.    Mjr. Lokman Bin Abdullah (B)
                                               11.    En. Muhd Izham Bin Ihsan
                                               12.    En. Mohd ‘Afi Bin Lokman
                                               13.    Hj. Ismail Bin Hussin
                                               14.    En. Mohd Asri Bin Abdullah
                                               15.    Hj. Naharuddin Bin Abdul Hamid
                                               16.    Hj. Zainal Arif Bin Mohd Samin
                                               17.    Hjh. Masitah Binti Hj. Jamin



5.               Hal-hal lain

5.1           Pengerusi jawatankuasa penaja penubuhan RT Seksyen 11 Shah Alam mengucapkan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan oleh kariah Seksyen 11. Sehubungan itu beliau memaklumkan rondaan sukarela akan terus dijalankan seperti biasa. Jawatankuasa penaja RT Seksyen 11 akan menghebahkan kepada semua isi rumah mengenai penubuhannya dan mengalu-alukan sebarang sumbangan kewangan bagi membantu aktivitinya.

5.2           Semua ahli kariah dan para jemputan dijemput ke café Hidayah untuk jamuan ringan.       


Pertemuan ditamatkan pada jam 10.15 malam.

No comments:

Post a Comment