Sunday, June 1, 2014

"Seksyen 11 Shah Alam bakal mempunyai Rukun Tetangga" - petikan Buletin Madrasah Hidayah

Satu majlis pertemuan penduduk Seksyen 11 untuk menubuhkan kawasan rukun tetangga Seksyen 11telah diadakan pada 2 Mei 2014 jam 9.15 malam di Madrasah Hidayah. Majlis ini turut disertai oleh wakil Pegawai Perpaduan Zon Shah Alam, En. Mohd Zamri Nusi dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, dan anggota PDRM dari balai Polis Seksyen 9 Shah Alam.


Diantara objektif penubuhan rukun tetangga ini ialah untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang boleh mengeratkan silaturahim, kerjasama dan perpaduan penduduk setempat untuk semua golongan usia dan kaum, disamping membantu pasukan keselamatan khasnya PDRM dalam membenteras jenayah.

Setelah kawasan RT Seksyen 11 diwartakan kelak, berbagai aktiviti melalui program Skim Rondaan Sukareka, Jiran Wanita, Jiran Muda, Kelab Rukun Negara, Tabika dan lain-lain lagi dapat dijalankan dengan bantuan kewangan dari JPNINI. JPNIN memperuntukan RM6,000 setahun kepada setiap RT bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti RT. Malah JPNIN juga memberi bantuan kewangan untuk berbagai aktiviti kemasyarakatan seperti program kebersihan & kesihatan, acara sukan, program masakan, jahitan, keusahawan dan sebagainya.

Madrasah Hidayah telah menyumbang RM1,000 untuk menampung sebahagian keperluan asset meronda dan aktivitinya. Program rondaan sukarela pada masa ini dijalankan pada setiap malam hujung minggu.

Kariah Seksyen 11 dijemput menjadi rakan di www.facebook.com/rtsii.shahalam,  https://www.facebook.com/pages/RT-Seksyen-11-Shah-Alam, atau www.facebook.com/groups/737894682918278/, dan www.krtseksyen11shahalam.blogspot.com . Sebarang cadangan aktiviti untuk Rukun Tetangga Seksyen 11, Shah Alam boleh dikemukakan kepada rts11sas@gmail.com .


No comments:

Post a Comment