Sunday, June 1, 2014

Perbincangan penubuhan KRT Seksyen 11 Alam, prihatin Madrasah Hidayah

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN (KALI PERTAMA)
KRM/PEPS11 MADRASAH HIDAYAH SEKSYEN 11, SHAH ALAM


Tempat:           Bilik mesyuarat Madrasah Hidayah Seksyen 11, Shah Alam
Tarikh:             16 April 2014
Masa:              10.00 malam

Kehadiran

Seperti lampiran.

Perkara-perkara yang diperbincangkan.

1.       Ucapan Pengerusi

1.1    Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Hj. Mohd Zaini Osman, Pengerusi Madrasah Hidayah Seksyen 11. Beliau memulakan mesyuarat dengan memberi salam dan bacaan doa mohon keberkatan mesyuarat dari Allah SWT.

1.2    Dato’ Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan tahniah kepada penggerak PEPS11 (Persatuan Penduduk / Pergerakan Peronda Seksyen 11) yang telah menjalankan tugas secara sukarela sejak kira-kira tiga bulan lalu.

1.3    Tahniah dan terima kasih kepada Tn. Hj. Zainal Arif yang telah mengumpulkan jemaah Sekyen 11 pada malam ini bagi menjayakan penubuhan PEPS11.

1.4    Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Sub Inspektor Mohd Aris Zainol wakil Ketua Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, yang turut hadir bagi membantu usaha murni kita untuk menubuhkan kelab ini.
 
2.       Perlantikan Ahli Jawatankuasa PEPS11

2.1    Mesyuarat telah mengambil keputusan memilih penama-penama tersebut:

Penaung:           Pengerusi Madrasah Hidayah
Penasihat:          Timbalan Pengerusi Madrasah Hidayah

Pengerusi:         En. Zaini Ithnin Bin Hj. A.Rajak
Tim. Pengerusi: En. Shaharonizam
Setiausaha:        En. Mohd Shukri Bin Shohimi
Pen. Setiausaha: En. Shuhaidi Fitri Bin Jusop
Bendahari:         En. Amizul Niza Bin Mohd Idris

Ahli Jawatankuasa:
1)     En. Othaman Bin Mohamed
2)     Tn. Hj. Mohammed Dawam
3)     En. Mohd Asri Abdullah
4)     En. Ramli Jamain
5)     Tn. Hj. Ismail Bin Hussin
6)     En. Salleh Bin Ismail
7)     En. Erwan Bin Arifin
8)     En. Mohd Fazrin Zainal Abidin


3.       Ucapan wakil Ketua Balai Polis Seksyen 9


3.1    Tuan Sub Inspektor Mohd Aris Zainol telah menyampaikan salam dari Ketua Balai Polis Seksyen 9, Tuan Inspektor Aziz yang tidak dapat hadir dan meminta beliau mewakilinya.

3.2    Beliau mengucapkan terima kasih kerana pihak Madrasah Hidayah telah menjemput wakil Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kemajlis penubuhan kelab ini. Beliau telah memberikan nombor-nombor telefon untuk dihubungi, dan beliau sedia berkhidmat sepanjang masa:
i.                 Balai Polis Seksyen 9: 03 5520 2022

3.3    Beliau telah mencadangkan pihak kelab supaya membuat permohonan pendaftaran rasmi kepada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, dengan tujuan:
i.                 Mendapat peruntukan tahunan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kelab.
ii.                Ada pembelian dari pihak kerajaan kerana mereka yang terlibat dengan aktiviti rondaan kelab akan diberi insuran perlindungan.
iii.               Berhak mendapat cuti pada hari esoknya, sekiranya bertugas pada malam hari. Pihak majikan diwajibkan memberi pelepasan kepada kakitangan yang terlibat.

3.4    Beliau juga mencadangkan agar pihak Pengerusi kelab menyediakan satu kertas kerja lengkap untuk diserahkan bersama-sama dengan borang permohonan penubuhan kelab ini. Didalam kertas kerja itu hendaklah dinyatakan tujuan penubuhan kelab, khususnya ialah;
a)     Membantu pihak berkuasa khasnya Polis Di Raja Malaysia bagi mencegah jenayah di Sekyen 11, Shah Alam.
b)     Mengeratkan kerjasama dan ikatan silaturahim antara sesama penduduk Seksyen 11 serta pasukan keselamatan dan penguatkuasa lainnya.
c)     Mencegah masalah sosial dikalangan remaja yang berkeliaran di kawasan kejiranan Seksyen 11.

4.       Perkara-perkara lain


4.1        Pihak polis bersetuju akan memberi kerjasama rondaan dengan menghantar anggotanya yang bertugas. Pihak urusetia kelab dikehendaki menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan rondaan bersama.

4.2        Pengerusi bersetuju pada dasarnya untuk memberi bantuan kewangan bagi keperluan membeli peralatan rondaan selepas permohonan kelab ini mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Buat sementara waktu, pihak terlibat akan menggunakan wang poket bagi aktiviti dan rondaan secara sendiri.

4.3        Mesyuarat bersetuju supaya rondaan pada hari Jumaat malam Sabtu setiap minggu antara jam 12 tengah malam hingga 4 pagi dihebahkan kepada jemaah Madrasah Hidayah supaya lebih ramai lagi dapat melibatkan diri dalam rondaan ini. Tempat berkumpul ialah di Madrasah Hidayah.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam dengan ucapan terima kasih kepada yang hadir.

No comments:

Post a Comment